SPRM kesan Adam Radlan bantu siasatan kes

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad bagi membantu siasatan kes.

SPRM dalam kenyataan berkata, Adam Radlan berusia 44 tahun dan alamat terakhir di Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu berkenaan diminta menghubungi pegawai penyiasat, Penguasa Sharan Raj Govindasamy di talian 014-3560771 atau emel kepada sharanraj@sprm.gov.my,” katanya, lapor Sinar Harian.

Pada 20 Ogos lalu, media melaporkan Adam Radlan dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 12 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram selepas membayar kompaun RM4.1 juta.

Hakim, Suzana Hussin memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya, Farah Yasmin Salleh memberitahu bahawa SPRM bersetuju untuk menawarkan kompaun berkenaan kepada tertuduh.

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img