Penunggang motosikal maut tercampak dalam longkang

SEORANG lelaki maut selepas motosikal ditungganginya terbabas sebelum tercampak ke dalam longkang sedalam dua meter di Jalan Siram, Butterworth awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.06 pagi itu, mangsa dikenali sebagai R Kishore Kumar, 36, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Butterworth bergegas ke lokasi sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan.

“Setibanya di lokasi pada jam 4.15 pagi, pasukan mendapati terdapat satu motosikal jenis Honda RS150 dipercayai terbabas ke bahu jalan.

“Mangsa lelaki ditemui tercampak ke dalam longkang sedalam dua meter,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu, lapor Sinar Harian.

John Sagun berkata, kerja-kerja menyelamat dijalankan oleh pasukan operasi lengkap dengan peralatan perlindungan diri (PPE) sebelum mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 4.44 pagi.

Katanya, pemeriksaan lanjut mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat. Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.55 pagi,” katanya lagi.

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img