Polis ada maklumat, pantau kartel dadah didedah PM

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan pihaknya sudah mempunyai maklumat berhubung rangkaian kartel dadah sebagaimana didedahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, beberapa langkah siasatan serta operasi sedang dijalankan.

“Kaedah membawa dadah melalui kontena bukan perkara baharu namun masih menjadi pilihan sindiket.

“Justeru pemantauan dan risikan terus dilaksanakan,” katanya lapor Kosmo.

Mengulas lanjut, Hussein berkata, pihaknya turut bekerjasama rapat dengan pelbagai agensi tempatan termasuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Agensi Kawalan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) serta pihak berkuasa pelabuhan bagi memperkukuh kawalan.

“Kami turut bekerjasama dengan pihak berkuasa Australia termasuk berkongsi maklumat siasatan dan laporan forensik.

“Difahamkan seorang suspek di sana sedang menunggu proses pertuduhan,” katanya.

Terdahulu, Anwar dalam satu program di Kota Kinabalu, Sabah pagi ini mendedahkan wujudnya kartel besar yang menyeludup dadah ke negara ini yang beliau dengar sejak 20 tahun lalu namun sehingga kini tiada tindakan.

Katanya, tiada laporan diterima lagi mengenai kartel besar yang membawa dadah menerusi kontena selepas beliau menjadi perdana menteri dan menunggu selama setahun.

Menurut Anwar, wujud sindiket dan ahli politik yang terbabit dalam kegiatan berkenaan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img