Warga emas terkejut ular tedung selar sepanjang lima meter di dalam tandas rumah di Baling

SEORANG warga emas terkejut apabila menemui seekor ular tedung selar sepanjang lima meter di dalam tandas rumahnya, di Kampung Ketembar, Masjid Kuala Pegang, Baling hari ini.

Warga emas yang tinggal bersama dua cucunya bertindak menghubungi anak lelakinya untuk meminta pertolongan sebelum menghubungi bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.40 pagi.

Beliau berkata, sepasukan enam anggota yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd Basri Osman tiba di lokasi tidak lama kemudian.

“Anggota bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk menangkap ular itu kerana reptilia itu agak agresif sehingga menegak badannya dan berdiri kira-kira satu meter.

“Dengan hanya menggunakan penjerut, anggota kami berdepan cabaran untuk menangkap reptilia itu dan berisiko disebabkan tandas itu sempit serta perlu berhati-hati untuk mengelak sebarang kemungkinan,” katanya, lapor Berita Harian.

Zulkhairi berkata, ular tedung selar itu dipercayai masuk melalui lubang paip bilik air yang tiada penutup.

Beliau berkata, ular itu bagaimanapun berjaya ditangkap dan dilepaskan ke habitat asal jauh dari penempatan penduduk.

“Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan perubahan cuaca yang tidak menentu ini yang menyebabkan persekitaran lembab dan sejuk ketika ini. Selain itu, kebersihan persekitaran kediaman perlu dijaga untuk mengelak reptilia tumpang berteduh dan mendapatkan makanan,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img