Kanak-kanak tiga tahun maut, kereta dipandu bapa kemalangan

SEORANG  kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun maut dalam kemalangan di Jalan Kuala Pilah-Melang di Kuala Pilah petang semalam.

Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Muhamad Mustafah Hussin berkata, kemalangan kira-kira pukul  3.35 petang itu dan melibatkan dua buah kereta Perodua Bezza berlaku ketika kanak-kanak tersebut bersama bapa dalam perjalanan pulang ke rumah di Seremban.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku semasa kenderaan dipandu seorang lelaki bersama isteri, anak perempuan berusia tiga tahun serta anak saudara perempuan dari arah Kuala Pilah menghala ke Seremban.

“Apabila sampai di tempat kejadian, sebuah Perodua Bezza yang datang dari arah bertentangan telah hilang kawalan dan masuk ke laluan kereta dinaiki sekeluarga terbabit,” katanya.

Menurutnya, Perodua Bezza dinaiki mereka cuba mengelak ke sebelah kanan jalan, namun gagal dan melanggar Perodua Bezza itu.

Beliau berkata, kemalangan berkenaan mengakibatkan kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang duduk di bahagian penumpang belakang cedera parah pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia semasa dirawat di wad Hospital Tuanku Ampuan Najihah di sini.

“Bapa kanak-kanak itu, ibu serta sepupu perempuannya serta pemandu sebuah lagi Perodua Bezza masih dirawat di hospital sama.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img