Mayat budak lelaki ditemukan dalam sebuah kereta

MAYAT seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan dalam sebuah kereta yang sudah lama ditinggalkan di kawasan perindustrian Kampung Muslim di Labuan hari ini.

Polis menerima panggilan mengenai penemuan mayat itu pada jam 9.10 pagi daripada seorang mekanik yang terhidu bau busuk kira-kira jam 8.45 pagi sebelum menemukan mayat itu.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintenden Mohd Hamizi Halim berkata, kanak-kanak itu dikenal pasti sebagai Budin Jimsalim daripada suku Bajau namun pemeriksaan lanjut tidak menemukan sebarang dokumen pengenalan diri.

“Mekanik itu terhidu bau busuk semasa mahu mengalihkan kereta Proton Gen-2 yang ditinggalkan berhampiran bengkel itu sejak Jun lalu,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama hari ini.

Mohd Hamizi berkata, mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Labuan untuk bedah siasat dan setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Siasatan lanjut dilakukan pegawai penyiasat Balai Polis Rancha-Rancha dan beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian tampil membantu.

Mohd Hamizi menasihatkan orang ramai untuk mengawasi pergerakan anak, terutamanya mereka yang berkeperluan khas atau cenderung keluar tanpa pengawasan untuk mengelak kejadian tidak diingini.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img