Siasatan kes tender UKM kini memasuki fasa penelitian terperinci – SPRM

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan siasatan berhubung tiga tender perolehan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bernilai RM58.45 juta yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara, Julai lalu kini memasuki fasa penelitian terperinci.

Menurut suruhanjaya itu, siasatan menyeluruh itu melibatkan dokumen dan proses perolehan bagi mengenal pasti sebarang unsur salah laku.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Zainul Darus dalam satu kenyataan berkata, siasatan dijalankan secara komprehensif melibatkan penelitian dokumen, prosedur perolehan serta isu yang dibangkitkan dalam laporan audit.

“Setakat ini, lima individu telah dipanggil untuk membantu siasatan,” katanya hari ini.

Zainul berkata, selain siasatan jenayah rasuah, SPRM turut membuka kertas siasatan tatakelola bagi menilai tahap kepatuhan pengurusan perolehan UKM terhadap garis panduan yang ditetapkan.

Ujar beliau, aspek tatakelola tidak boleh dipandang ringan kerana ia menjadi benteng utama mengelakkan ketirisan serta penyalahgunaan kuasa dalam perolehan awam.

“SPRM kekal komited memastikan integriti sistem perolehan negara sentiasa terpelihara dan terus menjalankan siasatan dengan tegas serta profesional,” tegasnya.

Isu tender tersebut mencuri perhatian selepas Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menzahirkan kebimbangan baginda berhubung isu tender berkenaan ketika Majlis Pengisytiharan Pembukaan Konvokesyen ke-53 UKM di Bangi.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img