Tandas emas 18 karat terjual pada harga RM50 juta

SEBUAH mangkuk tandas diperbuat daripada emas 18 karat yang direka artis Itali, Maurizio Cattelan dan pernah dicuri dalam insiden rompakan di Blenheim Palace Woodstock di England sebelum ini, berjaya dijual pada harga ASD12.1 juta (sekitar RM50 juta) kepada Ripley’s Believe It or Not!, lapor portal berita Daily Star.

Ripley’s Believe It or Not! ialah sebuah francais hiburan terkenal yang memaparkan kisah-kisah pelik, luar biasa, jarang berlaku dan sukar dipercayai, tetapi benar dari seluruh dunia.

Rancangan itu diwujudkan oleh Robert Ripley pada 1918 dan mempunyai muzium serta tarikan mempamerkan koleksi artifak dan barang pelik dari seluruh dunia.

Difahamkan, untuk mereka yang mahu merasai pengalaman mewah seperti raja atau gaya eksentrik ketika menggunakan tandas, boleh melakukannya di tandas mewah berkenaan.

Tandas emas yang diberi nama America itu bukan sahaja menawarkan pengalaman orang kenamaan (VIP) untuk keperluan peribadi, malah turut mempunyai sejarah menarik.

Pada 2019, tandas emas berkenaan terkenal kerana dicuri dari Blenheim Palace. Tandas unik itu berjaya dijual melalui lelongan dan dibeli oleh Ripley’s Believe It or Not!.

Tandas emas berkenaan dibuat daripada lebih 100 kilogram emas 18 karat, manakala tandas asal dipasang di tandas awam Guggenheim Museum di New York pada 2016. Ia dikatakan sudah digunakan oleh lebih 100,000 pelawat sebelum dipindahkan ke Blenheim Palace di Oxfordshire, England.

Tandas itu kemudian dicuri dalam satu rompakan berani tiga tahun kemudian. Kemudian muncul berita mengenai tandas emas kedua yang dilelong di Sotheby’s, New York, tetapi hanya menerima satu bidaan.

Dalam satu kelainan unik, harga permulaan lelongan ditetapkan mengikut berat emasnya, iaitu sekitar $10 juta (RM41.5 juta), menurut laporan BBC.

Selepas beberapa spekulasi tercetus, Ripley’s Believe It or Not! mendedahkan mereka sebagai pembeli misteri itu melalui hantaran di Instagram dengan keterangan, we’re flush with excitement.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img