Lelaki cedera dihentak dengan topi keledar dalam pergaduhan

PERTENGKARAN mulut antara sekumpulan lelaki berakhir dengan pergaduhan menyebabkan salah seorang daripada mereka cedera akibat dihentak dengan topi keledar di kawasan perumahan di Kemayan Square, Seremban awal pagi ini.

Menerusi rakaman video berdurasi 4 minit 35 saat itu, mangsa seorang lelaki tidak memakai baju dihentak dengan topi keledar oleh seorang lelaki memakai baju putih sehingga menyebabkan dia terbaring kesakitan.

Sebelum kejadian, lelaki yang dicederakan itu dilihat memecahkan cermin sebuah kenderaan berwarna putih sehingga mendatangkan kemarahan beberapa lelaki lain termasuk yang mencederakannya.

Dua lelaki yang menyerang mangsa kemudiannya melarikan diri dengan menaiki motosikal sebaik sahaja sebuah kereta peronda polis tiba di lokasi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahman berkata, seorang wanita telah membuat laporan berhubung kejadian itu pada jam 12.39 tengah hari ini.

“Wanita itu memaklumkan teman lelakinya telah dipukul menggunakan topi keledar oleh dua lelaki yang dikenal pasti dalam kejadian jam 3.30 pagi.

“Mangsa mengalami cedera pada bahagian kepala dan hidung serta telah dibawa ke sebuah hospital swasta di Port Dickson untuk rawatan lanjut,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, suspek telah dikenal pasti dan polis sedang berusaha mengesan mereka.

Tambahnya, siasatan awal mendapati punca kejadian adalah disebabkan perselisihan faham.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes ini atau menyebarkan maklumat tidak benar sehingga mengganggu siasatan polis,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img