Abang maut, adik cedera kereta Honda Civic dinaiki terbabas

SEORANG lelaki maut manakala adiknya cedera selepas kereta jenis Honda Civic dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh penghadang jalan di Kilometer 182.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berdekatan Jasin, Melaka pagi ini.

Dalam kejadian 8.40 pagi itu, dua beradik itu dalam perjalanan dari Johor ke Melaka sebelum kereta dipandu adik lelaki mangsa yang berusia 20 tahun tiba-tiba dikatakan hilang kawalan.

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintenden Lee Robert berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kemalangan itu pada jam 9 pagi.

“Hasil siasatan awal mendapati kereta berkenaan terbabas lalu melanggar besi penghadang dan terbalik di kiri jalan.

“Pemandu berusia 20 tahun mengalami kecederaan pada badan dan tangan dan dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, abang pemandu berusia 22 tahun pula tersepit dalam kereta yang remuk dan parah di kepala serta badan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas perubatan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mengetahui punca sebenar kemalangan,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img