Amirudin ‘berubah nada’…tegaskan kekal terajui Selangor hingga habis penggal

SETELAH mencetuskan kontroversi dengan mencadangkan Timbalan Presiden PKR Nurul Izzah Anwar sebagai Menteri Besar Selangor bagi menggantikan beliau, nada Datuk Seri Amirudin Shari hari ini berubah apabila beliau menegaskan akan kekal menerajui kepimpinan negeri itu sehingga penggal pentadbiran tamat.

Beliau berkata tiada rombakan Kabinet akan dilaksanakan dalam tempoh tersebut.

“Tinggal setahun (untuk habis penggal) dan kalau nak rombak barisan exco, kita perlukan masa lagi. Setakat ini tidak ada lagi idea atau sebarang bayangan untuk itu,” katanya.

Beliau kepada pemberita selepas pelancaran Pelan Tindakan Ekonomi Kreatif Selangor 2025-2035 di Foyer Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, di Shah Alam.

Amirudin baru-baru ini membuat cadangan itu sehingga ia mendapat reaksi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menegaskan, Menteri Besar Selangor itu tidak berbincang dengan beliau berhubung perkara berkenaan.

Malah Anwar juga menyatakan piihan raya umum juga masih lambat lagi.

Mengulas mengenai Nurul Izzah, Amirudin berkata, nama Timbalan Presiden PKR hanyalah sebagai cadangan dan masih perlu dibincangkan, selain perlu mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Sekarang ini kita lontarkan sebagai satu pilihan. Jadi kalau pilihan itu diterima, Alhamdullillah. Kalau tidak mungkin kita perlu kenal pasti alternatif lain.

“Selain itu, semua exco kita layak antaranya Najwan (Mohd Najwan Halimi, Fahmi (Dr Mohamad Fahmi Ngah), Borhan (Datuk Borhan Aman Shah) dan Izham (Datuk Izham Hashim) pun layak untuk (menjadi Menteri Besar),” katanya.

Amirudin berkata perancangan bagi perubahan jawatan penting dibuat secara terancang dan bukan secara tergempar.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan Selangor pada masa ini perlu mengekalkan kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang menjadi syarat utama sebelum sebarang perbincangan mengenai jawatan untuk mentadbir pada penggal seterusnya dibuat.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img