Remaja bakar rumah kerana tidak dibelikan telefon bimbit

SEORANG remaja perempuan berusia 14 tahun di Seoul, Korea Selatan sanggup membakar rumah keluarganya hanya kerana ibu bapanya tidak membelikan telefon bimbit baharu.

Menurut The Korea Herald, kejadian itu berlaku di blok kediaman di bandar utara Gwangju pada minggu lalu.

“Dia bertindak demikian sebagai tanda protes. Remaja itu membakar sehelai selimut kecil menggunakan pemetik api di dalam biliknya.

“Ketika disoal siasat, remaja itu mengaku dia berang kerana ibu bapanya tidak membenarkannya bertukar kepada model telefon baharu yang boleh mengakses media sosial,” jelas laporan tersebut.

Pasukan bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengawal kebakaran yang telah memusnahkan unit kediaman keluarganya.

Kira-kira 17 penduduk di blok sama turut mendapatkan rawatan di hospital kerana terhidu asap tebal.

Difahamkan, pihak berkuasa pada mulanya mengeluarkan waran tangkap terhadap pelaku, namun Mahkamah Daerah Gwangju menolak langkah tersebut atas alasan kes tersebut berada di bawah Akta Juvana.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img