Isteri Nubhan dapat hak penjagaan tetap tiga anak

ISTERI kepada penyanyi Nubhan Ahmad, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek melahirkan rasa syukur apabila keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini berhubung tuntutan hadanah atau hak penjagaan tetap terhadap tiga anak mereka akhirnya berpihak kepadanya.

Dr Afifah Hidayah, 35, yang mesra dipanggil Dr Fie berkata, dia juga mengucapkan terima kasih kepada Nubhan kerana banyak memberi kerjasama kepadanya untuk mendapatkan hak jagaan penuh anak mereka.

“Alhamdulillah, saya bersyukur sangat dan amat gembira hari ini. Apa-apa pun keutamaan saya tetap pada anak. Alhamdulillah, semua anak akan kembali dengan sayalah.

“Selama ini pun, untuk kes (hadanah) ini membabitkan perbincangan antara peguam saja,” katanya apabila ditanya mengenai sama ada sebarang syarat sudah ditetapkan sesama mereka untuk mencapai kata sepakat, lapor Berita Harian.

Sementara itu, peguam syarie mewakili Dr Fie, Datuk Akberdin Abdul Kadir berkata, pihak ibu sememangnya layak untuk mendapatkan hak penjagaan anak.

“Pada pandangan saya, pihak ibu pun mempunyai kerjaya yang baik dan semestinya layak untuk penjagaan anak. Mungkin pandangan itu diambil kira.

“Pihak bapa pula, selalu keluar bekerja dan sebagainya. Kecuali kalau ada kekurangan di pihak ibu, tetapi ini kosong (tiada). Jadi sebab itu semua berjalan lancar dan hari ini adalah prosiding perbicaraan pertama dan kita sudah selesaikan semuanya,” katanya.

Pada September lalu, Nubhan memfailkan tuntutan hadanah atau hak penjagaan penuh dan interim terhadap tiga anak mereka di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Sebelum itu, Nubhan memfailkan permohonan pengesahan perceraian untuk dua lafaz cerai dilakukannya dan satu lafaz rujuk terhadap Dr Afifah di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.

Pasangan ini bernikah pada 29 Ogos 2015 dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayillle, 3.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img