BENCANA banjir di Terengganu mula memberi kesan apabila jumlah mangsa meningkat mendadak daripada 137 orang pada pukul 7 pagi tadi kepada 2, 318 orang setakat pukul 2 petang sekaligus menyumbangkan kepada peningkatan bilangan mangsa seluruh negara kepada 25,380 orang.
Jika pada pukul 7 pagi tadi hanya ada 137 orang mangsa yang kesemuanya di Marang tetapi setakat pukul 2 petang ini ia merebak kepada lima lagi daerah iaitu Kuala Terengganu, Setiu, Besut, dan Dungun.
Bagaimanapun mengikut web infobencanajkm, Marang mencatatkan masa paling ramai iaitu 1,537 orang diikuti Setiu (377 orang), Besut (199 orang), Kuala Terengganu (117 orang), Dungun (79 orang) dan Hulu Terengganu (59 orang).
Namun Kelantan yang merupakan negeri jiran Terengganu terus mencatatkan peningkatan daripada 10,435 orang mangsa banjir dengan mangsa terbanyak di Tumpat dengan 4,792 orang dikuti Kota Bharu(2,465 orang), Bachok (2,074 orang), Pasir Puteh (167 orang), Tanah Merah (241 orang) , Machang (403 orang), Kuala Krai (272 orang), Gua Musang (51 orang) dan Pasir Mas (20 orang)
Di Perak jumlah mangsa banjir meningkat daripada 3,911 orang kepada 4,669 orang dengan Manjung mencatatkan jumlah tertinggi 1,893 orang diikuti Perak Tengah (946 orang) , Bagan Datuk (707 orang), Hilir Perak (771 orang), Muallim (98 orang), Kuala Kangsar (64 orang), Larut, Matang,Selama (176 orang) dan Batang Padang (3 orang).
Di Selangor pula , jumlah mangsa ketika ini ialah 2,249 orang dengan Kuala Selangor mencatatkan mangsa tertinggi iaitu 1,909 orang diikuti Klang (168 orang),Sabak Bernam (237 orang), Hulu Langat (19 orang), Hulu Selangor (16 Orang).
Kedah mencatatkan peningkatan kepada 3,539 orang melibatkan 2,188 orang di Kubang Pasu dan 1,238 orang di Kota Setar serta Pokok Sena menjadi daerah baru dilanda banjir dengan 128 orang mangsa setakat ini.
Perlis mencatatkan 2,090 orang mangsa dengan Kangar mencatatkan jumlah tertinggi 1,303 orang, Padang Besar (766 orang) dan Arau (21 orang).
Negeri lain Sarawak (28 orang), Pahang (19 orang) dan Kuala Lumpur (8 orang).


