Bencana alam di Sri Lanka: Jumlah terkorban meningkat 334 orang, 370 masih hilang

ANGKA  kematian akibat cuaca buruk yang melanda Sri Lanka dalam beberapa hari kebelakangan ini meningkat kepada 334 orang, kata Pusat Pengurusan Bencana (DMC).

Daerah Kandy mencatat jumlah kematian tertinggi dengan 88 kes.

DMC turut mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya 370 individu masih hilang sementara operasi mencari dan menyelamat diteruskan di beberapa daerah.

Sementara itu, seramai 211 individu yang terperangkap di kawasan banjir berhampiran Empangan Mavil Aru telah berjaya diselamatkan oleh Tentera Udara Sri Lanka.

Jurucakap Media Tentera Udara, Kapten Eranda Geeganage, berkata operasi menyelamat itu dilaksanakan menggunakan sebuah helikopter Bell 412 dan sebuah helikopter MI-17 milik Tentera Udara.

Laporan menyatakan bahawa persiapan kini dibuat untuk memindahkan semua mangsa ke lokasi selamat.

Dalam perkembangan berkaitan, operasi menyelamat bagi penduduk yang terperangkap akibat pecahnya benteng Empangan Mavil Aru telah dijalankan hari ini di bawah penyeliaan langsung Presiden Sri Lanka Anura Kumara Dissanayake.

Ketika operasi tersebut, Dissanayake turut mengadakan perbualan telefon dengan seorang ketua sami di sebuah kuil di kawasan Mavil Aru mengenai situasi semasa.

Dalam perbualan yang sama, beliau turut berkomunikasi dengan pegawai kerajaan di wilayah Trincomalee.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img