SUARA AWANG SELAMAT
AWANG nak ucap tahniah kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebab tegas banteras aktiviti songsang di Chow Kit dan Seberang Perai beberapa hari lalu.
Awang percaya banyak lagi tempat yang buat benda maksiat dan terkutuk itu, Inshaallah Awang yakin polis akan dapat kesan jugak nanti. Apa yang penting puak-puak songsang ni tak boleh dibiarkan buat benda tak senonoh tu dan ‘berkembang pesat’ di negara ini.
Malaysia bukan negara barat yang puak LGBT ini boleh buat sesuka hati. Polis tak perlu takut nak banteras perbuatan tu sebab ni jihad sebagai Islam, kita bertanggungjawab untuk menentang habis-habisan golongan ini.
Tindakan polis tu bukannya nak sekat kebebasan atau menceroboh privasi mana-mana individu! Polis bertindak ikut undang-undang! Lagipun kita nak selamatkan orang Islam yang terjebak dalam kegiatan tak bermoral tu.
Kita nak bawa mereka balik ke pangkal jalan sebab mereka dah jauh terpesong bila buat perbuatan yang dilaknat oleh Allah SWT. Awang sedih bila baca yang terlibat ni bukan alang-alang orang, semua kerja hebat belakang. Tak payahlah Awang sebut apa kerja mereka.
Apa yang pihak berkuasa lakukan bukannya hendak hukum semata-mata tetapi nak sedarkan mereka, apa mereka buat bukan sahaja salah dari segi kehidupan normal manusia tetapi juga agama. Yang pelik tu ada yang tahu hukum hakam agama atau bergelar ustaz pun terlibat, entah apa pelesit dalam badan.
Bila Awang tengok gambar-gambar mereka, semua kacak dan sasa belakang tapi sayang, mereka pilih jalan songsang sedangkan Awang yakin ramai lagi perempuan yang boleh dijadikan isteri.
Tak payah bagi alasan, ‘’nak buat macam mana i ditakdirkan macam ni’’ – tu alasan tak cerdik. Allah SWT cipta manusia ni dua sahaja lelaki dan perempuan. Lelaki bernafsu kepada wanita dan wanita bernafsu kepada lelaki, datang kot mana lelaki suka lelaki, perempuan suka perempuan ni? Hidup songsang bukan pilihan, sengaja pi cari penyakit!
Awang doakan yang mana dah terlanjur dan tersongsang itu akan insaf dan bertaubat, kalau tidak…di dunia tak selamat, di akhirat lagi tak selamat.
Awang juga nak nasihat NGO-NGO tertentu jangan dok menyibuk, soal pihak berkuasa banteras kegiatan songsang sebab itu kewajipan pemerintah beragama Islam dan dibenarkan oleh undang-undang, jadi apa yang dilakukan oleh polis adalah sangat tepat. Tidak sesuai langsung nak kaitkan hak asasi manusia dengan perbuatan di luar tabii!
Awang – tak suka songsang-songsang


