ADUN Pas tetap tidak akan pegang jawatan Exco di Perlis

PAS tetap tidak akan menyertai barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perlis walaupun Menteri Besar negeri,Abu Bakar Hamzah menawarkan jawatan kepada ADUN-ADUN parti tersebut.

Ketika menegaskan perkara itu,  Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata arahan sudah dikeluarkan kepada semua ADUN Pas Perlis dan mereka diminta berpegang teguh kepada pendirian parti.

“Parti dah buat keputusan dan arahan kepada semua ADUN Pas di Perlis. Kita tetap dengan keputusan. Pas ambil tindakan kepada yang menandatangani akuan berkanun (SD), takkan kita pula nak sokong mereka yang tandatangan SD menjatuhkan kepimpinan Pas,” katanya lapor FMT.

Hari ini Abu Bakar berkata, beliau telah menghantar surat pelawaan menyertai Exco untuk ADUN Pas melalui Presiden parti itu, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Esok empat ADUN Bersatu akan mengangkat sumpah sebagai Exco di Istana Arau.

Walaupun Pas terus kekal dalam Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di negeri itu, namun hubungan antara Pas dan Bersatu ‘dingin’ selepas lima ADUN Bersatu dan tiga ADUN Pas membuat SD menarik sokongan terhadap Mohd Shukri Ramli sebagai Menteri Besar.

Lanjutan itu Mohd Shukri meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar pada 25 Disember manakala tiga ADUN Pas gugur keahlian dalam Pas sekaligus memungkinkan kedudukan mereka sebagai wakil turut diisytiharkan berlaku kekosongan di luar jangka.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img