Agong zahir penghargaan kepada pasukan keselamatan, seru rakyat utamakan keselamatan ketika Aidilfitri

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada pasukan keselamatan dan agensi penguatkuasaan yang terus komited menjalankan amanah serta tanggungjawab ketika sambutan Aidilfitri.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, Seri Paduka Baginda menyanjung tinggi pengorbanan anggota keselamatan dan penguat kuasa yang tetap bertugas demi memastikan keamanan, ketenteraman awam dan kesejahteraan rakyat terpelihara walaupun masyarakat lain meraikan lebaran bersama keluarga masing-masing.

Sultan Ibrahim turut mendoakan agar semua anggota pasukan keselamatan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT, dikurniakan kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan sepanjang melaksanakan tugas.

Terdahulu, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Tunku di ibu negara hari ini.

Sementara itu, Seri Paduka Baginda turut menzahirkan nasihat kepada rakyat supaya sentiasa berhati-hati ketika berada di jalan raya, khususnya semasa pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri bersama keluarga tercinta.

Sultan Ibrahim bertitah agar semua pengguna jalan raya mematuhi peraturan lalu lintas, menjaga keselamatan diri serta tidak tergesa-gesa ketika memandu demi mengelakkan kejadian tidak diingini.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img