AKPS rampas lebih 2 tan barangan pertanian tanpa permit 

AGENSI Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) berjaya menumpaskan cubaan menyeludup pelbagai barangan pertanian tanpa permit sah di pintu masuk sempadan di Rantau Panjang, semalam.

Menurut AKPS dalam satu kenyataan, operasi berkenaan berjaya merampas kira-kira 2.09 tan barangan pertanian yang dianggarkan bernilai RM17,403 merangkumi halia, lengkuas, kobis, ubi kemili, pisang, limau dan serai.

“Kesalahan berkaitan adalah pengimportan tanpa Permit Import MAQIS di bawah Seksyen 11 (1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728),” kata kenyataan tersebut.

Tambah kenyataan itu lagi, keseluruhan konsainan berkenaan telah ditahan dan disita untuk tindakan lanjut oleh pihak berkuasa berkaitan.

Untuk rekod, sehingga 15 Februari lalu, AKPS Rantau Panjang mencatat jumlah rampasan pelbagai barangan di bawah Akta 860 dan undang-undang berkaitan bernilai RM96,068.

AKPS turut menegaskan komitmen berterusan dalam memastikan keselamatan makanan, pematuhan undang-undang serta kepentingan pengguna sentiasa terpelihara, khususnya di pintu masuk sempadan negara.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img