Al-Qassam lancar Operasi Tongkat Musa hadapi tentera Israel

Briged Al-Qassam melancarkan Operasi Tongkat Musa untuk menghadapi pasukan Israel yang memasuki Semenanjung Gaza, beberapa jam setelah Tel Aviv secara rasmi mengumumkan “Operasi Gideon’s Chariots” ” yang bertujuan untuk menjajah Gaza sepenuhnya.

Melalui satu rakaman video yang disiarkan dalam platform Telegram Al-Qassan memaklumkan bahawa para pejuangnya mensasarkan kenderan Israen di bandar Jabalia, Semenanjung Gaza Utara sebagai sebahagian daripada rangkaian operasi ‘Tongkat Musa’.

Video tersebut menunjukkan adegan memasang alat letupan  pada kereta perisai Israel, merakamkannya ketika letupan dan para pejuang pulang setelah serangan dilakukan, selain itu mereka juga mensasarkan kereta kebal Israel dengan peluru pandu.

Ia  menunjukkan seorang pejuang Qassam bergerak maju di atas tank Merkava dalam usaha membuka kokpitnya, yang ditutup dari dalam.

Al-Qassam tidak menyatakan apakah operasi tersebut menyebabkan kematian atau menimbulkan korban di pihak tentera Israel.

Sudah lebih tiga minggu Israel melakukan serangan besar-besaran dan operasi pengeboman membunuh dan mencederakan rakyat Palestin serta menyebabkan kemusnahan harta benda.

Sementara itu, angka kematian rakyat Palestin di Gaza meningkat kepada 63,557 orang, manakala 160,660 lagi cedera sejak konflik antara Hamas dan Israel tercetus pada Oktober 2023.

Kementerian Kesihatan Gaza menerusi kenyataan melaporkan, dalam tempoh 24 jama lalu, 98 lagi nyawa terkorban akibat serangan oleh tentera Israel.

Sejak Israel menamatkan gencatan senjata selama dua bulan dengan Hamas dan menyambung semula operasi ketenteraan pada 18 Mac 2024, seramai 11,426 rakyat Palestin terbunuh, manakala 48,619 lagi cedera.

Dalam perkembangan berkaitan  sembilan lagi rakyat Palestin, termasuk tiga kanak-kanak, dilaporkan maut akibat kebuluran dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat kebuluran dan kekurangan zat makanan meningkat kepada 348 orang, termasuk 127 kanak-kanak, menurut Kementerian Kesihatan Gaza



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img