Ambank mohon maaf  kejadian gelandangan disimbah air, ditendang

AMBANK  memohon maaf susulan video tular memaparkan seorang lelaki dipercayai gelandangan disimbah air dan ditendang di luar cawangan Taman Maluri, Cheras, Kuala Lumpur.

Bank itu berkata ia amat sedih dan mengambil berat kejadian tersebut, menegaskan seseorang individu tidak patut dilayan sebegitu rupa.

Video memaparkan lelaki yang sedang tidur di laluan pejalan kaki berhampiran cawangan itu disembur air oleh seorang pengawal keselamatan, lapor Astro Awani.

Seorang lagi lelaki kemudian menendangnya, membuang barang-barangnya dan menyimbahnya dengan air.

AmBank menjelaskan pengawal dalam video itu kakitangan penyedia perkhidmatan keselamatan luaran yang dilantik oleh bank, manakala lelaki kedua dipercayai seorang tukang kasut yang tidak berpuas hati dengan mangsa.

Bagaimanapun, semua kakitangan bank, termasuk vendor dan rakan kongsi dikehendaki menunjukkan kelakuan profesional tertinggi, katanya.

Ambank menambah ia memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa, dan tidak mahu perkara ini berlaku lagi.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img