Anggota bomba cedera, dihempap gerai burger jatuh dari lori tunda

ANGGOTA bomba cedera selepas dihempap sebuah gerai burger yang terjatuh ketika ditunda sebuah lori di Jalan Medan Saujana 3, Kamunting, Ipoh.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Abdul Malek Ismail berkata, pihaknya mengesan kejadian itu menerusi rakaman video papan pemuka yang tular dalam Facebook, semalam.

Beliau berkata, lelaki berusia 28 tahun itu yang menunggang motosikal mengalami kecederaan pada bahagian dahi, leher serta tangan kiri dan kanan, lapor Harian Metro.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan itu dipercayai berlaku pada 20 Januari kira-kira 3.30 petang apabila lori jenis Rigid buatan Hino yang dipandu oleh seorang lelaki berumur 30 tahun sedang menunda gerai burger dalam perjalanan dari Taiping menghala ke Kamunting.

“Bagaimanapun, lori itu hilang kawalan menyebabkan gerai burger terbabit terjatuh ke atas jalan raya dan terkena pada mangsa serta sebuah lagi kereta jenis Proton Saga yang dipandu seorang wanita berumur 34 tahun,” katanya.

Abdul Malek berkata, akibat daripada kemalangan itu, pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala penunggang motosikal mengalami cedera pada bahagian dahi, leher dan luka pada tangan serta kaki dan mendapat rawatan di Hospital Taiping.

Kes disiasat di bawah Kesalahan Peraturan 92 Kaedah-kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Rule 92 LN 170/59).

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img