PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini berkunjung ketiga buah sekolah rendah sekitar Kuala Lumpur bagi memantau pengedaran Bantuan Awal Persekolahan, yang merupakan inisiatif penting untuk meringankan beban ibu bapa membuat persiapan awal persekolahan anak-anak.
Melalui Facebooknya Perdana Menteri berkata, dalam lawatan ke ke Sekolah Kebangsaan Sungai Besi, Sekolah Jenis Kebangsan Cina Kwong Hon dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sungai Besi itu beliau berpeluang bertemu dan menyantuni anak-anak kecil yang baru melangkah ke alam persekolahan.
‘’ Melihat keterujaan dan wajah mereka mengingatkan kita bahawa setiap anak tidak hanya menggendong harapan menggunung ibu bapa, tetapi turut memikul keyakinan para guru dan cita besar masa depan negara. Sekolah, selain tempat menimba ilmu, adalah ruang awal dalam pembentukan sahsiah, disiplin dan jati diri,’’ katanya.
Justeru, kata Anwar pendidikan akan terus menjadi keutamaan negara.
‘’Kejayaan sistem pendidikan tidak hanya bergantung pada dasar dan perutukan semata, tetapi juga pada kerjasama erat antara jerajaan, ibu bapa dan warga pendidik. Hubungan mantap antara semua pihak ini penting bagi memastikan anak-anak menerima dukungan yang menyeluruh, sama ada di sekolah mahupun di rumah,’’ katanya.
Beliau berkata,dengan memastikan pendidikan yang berkualiti, berteraskan nilai dan kemanusiaan negara mampu untuk melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak serta mampu menongkah arus cabaran dengan semangat dan keyakinan.


