Anwar,Wan Azizah doa kesembuhan Dr.Mahathir

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendoakan keafiatan serta kesembuhan segera buat Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

“Saya dan Azizah mendoakan keafiatan dan kesembuhan segera buat Tun, insya-Allah,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook.

Bekas Perdana Menteri itu dimasukkan ke IJN di sini pada 9.30 pagi tadi selepas dilaporkan terjatuh di kediamannya.

Setiausaha Akhbar Dr Mahathir, Sufi Yusoff mengesahkan perkara itu menerusi makluman di saluran kumpulan media rasmi Dr M Media Updates di aplikasi WhatsApp hari ini.

Beliau berkata pemimpin berusia 100 tahun itu dikejarkan ke IJN oleh ambulans dan dilaporkan dalam keadaan sedar.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img