Azizulhasni raih gangsa acara pecut

JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang menutup kempennya di Piala Dunia Berbasikal Trek UCI 2026 di Perth, Australia dengan meraih pingat gangsa dalam acara pecut individu hari ini.

Pada aksi yang berlangsung di Velodrom Speed Dome, pelumba yang diberi julukan The Pocket Rocketman mempamerkan kayuhan bertenaga untuk menewaskan pelumba Israel, Mikhail Yakovlev 2-0 dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat.

Ini adalah pingat kedua pelumba berusia 38 tahun itu selepas meraih emas dalam acara keirin semalam.

Terdahulu, hasrat Mohd Azizulhasni untuk mara ke final acara pecut individu tidak kesampaian apabila tumpas kepada pelumba Britain, Matthew Richardson 2-0 pada aksi separuh akhir.

Richardson kemudiannya dinobatkan juara acara itu selepas meraih kemenangan 2-0 ke atas pelumba Australia Leigh Hoffman pada aksi final.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img