Banjir besar di Bali ragut 9 nyawa, 6 hilang, 600 terjejas

BANJIR  besar di pulau peranginan Bali, Indonesia telah mengorbankan sembilan orang manakala enam lagi masih hilang dan lebih 600 orang terjejas, menurut agensi bencana negara itu.

Ketua Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) Suharyanto berkata banjir melanda enam daerah dan kawasan perbandaran iaitu Denpasar, Jembrana, Gianyar, Klungkung, Badung dan Tabanan.

Beliau berkata banjir itu dicetuskan oleh gelombang Rossby dan Kelvin, iaitu corak cuaca tropika yang boleh menyebabkan hujan lebat serta mengakibatkan kerosakan pada kediaman dan infrastruktur.

“Setakat 9 malam waktu tempatan pada Rabu, paras air di beberapa batang sungai telah kembali normal. Banjir ini berpunca daripada hujan yang sangat lebat,” kata Suharyanto.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan pada Khamis dengan 400 hingga 600 anggota dikerahkan untuk mengesan mangsa hilang serta membersihkan sisa banjir.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img