Bau busuk bongkar kematian pensyarah dalam rumah

MISTERI bau busuk yang dihidu penduduk di Kampung Gelam Mas, Keluang di Besut akhirnya terjawab dengan penemuan mayat seorang pensyarah universiti tempatan di kediamannya pagi ini.

​Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Mohd Rozaime Ab Rahim berkata, polis menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada orang awam sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

LOKASI rumah seorang pensyarah yang ditemukan meninggal dunia susulan bau busuk yang dihidu jiran di Kampung Gelam Mas, Keluang, Besut hari ini. GAMBAR: IPD Besut

​”Sebaik sahaja tiba di lokasi, polis menemukan mayat lelaki berusia 49 tahun kira-kira jam 9.38 pagi. Pemeriksaan awal di lokasi mendapati tiada sebarang kecederaan fizikal pada tubuh si mati dan tiada unsur jenayah dikesan di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

​Menurut Mohd Rozaime, si mati sebelum ini difahamkan mempunyai sejarah penyakit jantung.

Beliau berkata, mayat pensyarah berkenaan kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat.

​”Hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian adalah disebabkan Coronary Artery Atherosclerosis atau penyakit jantung. Polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kematian mengejut (SDR),” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa peka dan segera memaklumkan kepada pihak berkuasa sekiranya mengesan sebarang perkara luar biasa atau mencurigakan di kawasan kediaman mahupun komuniti masing-masing.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img