BEKAS Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Penyelidikan dan Teknologi Indonesia, Nadiem Makarim yang ditahan oleh Jabatan Peguam Negara negara itu atas dakwaan terlibat dalam rasuah perolehan komputer riba kementerian tersebut dilaporkan mempunyai aset bernilai Rupiah 600 bilion (RM154.3 juta)
Data itu boleh dilihat dalam Laporan Harta Kekayaan Pegawai Negara (LHKPN) yang hantar semasa penggal terakhir beliau sebagai menteri.
Memetik mediaindonesia.com, dalam laporan itu, Nadiem menyatakan beliau mempunyai tujuh bidang tanah dan bangunan bernilai Rupiah 57.7 bilion (RM22.8 juta) termasuk lima di Jakarta.
Beliau turut menyenaraikan dua buah kereta miliknya yang bernilai Rupiah 2.2 bilion (RM565,000) iaitu Toyota Alphard dan Toyota Innove Zenix.
Nadiem juga turut memiliki aset alih bernilai Rupiah 752.3 juta (RM193,000) dan sekuriti bernilai Rupiah 926 bilion (RM238 juta).
Nadiem juga mempunyai wang tunai dan setara tunai bernilai Rp 77 bilion (RM19.8 juta), aset lain bernilai Rp 2.9 bilion (RM746,000). Keseluruhan aset Nadiem dianggarkan berjumlah Rp 1.06 trilion (RM2.5 bilion).
Bagaimanapun, beliau mempunyai hutang sebanyak Rp466.2 bilion (RM119.9 juta) menjadikan jumlah asetnya mencecah Rp 600 bilion (RM154.3 juta).
Semalam Jabatan Peguam Negara Indonesia menamakan beliaus sebagai suspek kes dakwaan rasuah melibatkan perolehan komputer riba yang mengakibatkan negara republik tersebut mengalami kerugian Rupiah 2 trilion (RM514.228 juta).


