Bekas PTD mohon untuk bersara mulai 1 Januari 2026 – Khaled Nordin

MENTERI Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memberitahu, bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan sudah menghantar surat permohonan untuk bersara daripada perkhidmatan tentera, bermula 1 Januari lalu.

Menurut Mohamed Khaled, hasrat berkenaan dimaklumkan dalam satu surat yang diserahkan oleh peguam Muhammad Hafizuddeain.

Beliau berkata, melalui pemakluman itu, ATM ketika ini dalam proses untuk mencari pengganti bagi mengisi jawatan Panglima Angkatan Tentera (PAT).

“Calon akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan. Proses ini akan mengambil sedikit masa,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat tahun baharu Kementerian Pertahanan di Wisma Perwira hari ini.

Pada 31 Disember lalu, Mohamed Khaled mengumumkan pelantikan Muhammad Hafizuddeain sebagai PAT yang diputuskan Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera ke-631, ditangguhkan.

Pelantikan Muhammad Hafizuddeain sebagai PAT diputuskan Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera ke-631 yang berlangsung pada 19 November lalu dan diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 1 Disember.

Turut diputuskan melalui mesyuarat sama adalah pelantikan Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Leftenan Jeneral Datuk Azhan Md Othman, sebagai PTD ke-31 berkuat kuasa 1 Januari 2026.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img