Budak 5 tahun maut dilanggar Avanza ketika lintas jalan

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut selepas dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) ketika melintas jalan di Jalan Paya Mengkuang, Alor Gajah, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.09 petang itu, mangsa dipercayai sedang melintas dari kawasan perumahan ke seberang jalan sebelum dilanggar sebuah Toyota Avanza dipandu oleh seorang lelaki berusia 64 tahun yang bekerja sebagai penyelia.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ahmad Abu Bakar berkata, ketika kejadian kenderaan tersebut dipercayai sedang bergerak dari arah Paya Mengkuang menuju ke Masjid Tanah.

“Akibat perlanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan serius di bahagian kepala sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Masjid Tanah untuk mendapatkan rawatan.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati terdapat kesan brek sepanjang kira-kira lima meter di lokasi kejadian, selain kenderaan terlibat mengalami kerosakan di bahagian hadapan termasuk bonet.

“Logo kenderaan serta plat pendaftaran turut tercabut akibat impak perlanggaran.

“Selain itu, saringan ujian air kencing terhadap pemandu MPV berkenaan telah dijalankan dan didapati negatif,” katanya.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Alor Gajah bagi tujuan bedah siasat.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img