Co-opbank Pertama (CBP) melancarkan kempen pertamanya untuk pelanggan bank itu melalui aplikasi mudah alih HELOCBP yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah lebih RM 600,000 bermula Oktober lalu hingga Mac 2026.
CBP dalam satu kenyataan berkata, kempen tersebut diadakan dengan kerjasama Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) sebagai penghargaan kepada pengguna baharu dan sedia ada dalam segmen runcit serta korporat menerusi aplikasi HELOCBP dan HELOBiz.

‘’Antara kempen yang sedang berlangsung sejak 1 Oktober lalu adalah Daftar DuitNow ID yang menawarkan pulangan tunai (cashback) RM5 kepada 20,000 pengguna terawal aplikasi HELOCBP dan RM100 bagi 500 pengguna yang mendaftar melalui perkhidmatan perbankan korporat di aplikasi HELOBiz.
‘’Selain itu, sejk 1 Oktober juga, CBP turut memperkenalkan kempen Bayar dan Menang, di mana pelangggan yang membuat pembayaran semula pembiayaan melalui DuitNow berpeluang memenangi cashback sebanyak RM100,’’ kata kenyataan berkenaan.
Kenyataan itu juga memaklumkan kempen terbesar di bawah aplikasi HELOCBP ialah QR-azy Deals (Crazy Deals) yang bermula pada 1 November lalu sehingga 22 Mac 2026 di mana pelanggan berpeluang memenangi hadiah sehingga RM400,000.
Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, kempen tersebut merupakan inisiatif utama CBP dalam memperkasakan digitalisasi perkhidmatan kewangan untuk manfaat pelanggan.

“Bukan sahaja memudahkan urusan harian, pelanggan juga berpeluang memenangi hadiah menarik seperti motorsikal Yamaha, Pakej Percutian, Barangan Elektrik dan Elektronik serta cashback dengan menyertai mana-mana kempen HELOCBP,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.
CBP telah melancarkan aplikasi HELOCBP pada 1 Mac 2024 dan HELOBiz pada 01 April 2024 yang boleh dimuat turun secara percuma di Google Play atau App Store dan membolehkan pelanggan menikmati kemudahan transaksi di hujung jari.


