Chegubard akan buat pendedahan lanjut berkaitan projek, tender ATM minggu depan

AKTIVIS Badrul Hisham Shaharina atau Chegubard akan tampil membuat pendedahan lanjut berkaitan projek dan tender melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) susulan arahan bercuti kepada Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain bagi membolehkan siasatan dijalankan.

Melalui Facebook beliau, Badrul Hisham berkata,  pendedahan yang akan dibuat pada minggu hadapan itu akan melibatkan laporan siasatan lengkap yang disediakan Pembela Tanahair (PETA) bagi membantu tindakan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa.

“Saya juga akan memulakan pendedahan mengenai bakal Panglima Tentera Laut yang saya gagalkan lantikannya pada 2024, yang sebenarnya masih disimpan bekerja dengan TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia).

“Pada 2024 saya dilokap hampir seminggu kerana dedah dokumen rasmi kerajaan mengandungi bukti korupsi individu yang dikatakan bakal (dilantik) Panglima Tentera pada ketika itu. Kepada semua rasuah dan korupsi wajib kita lawan tidak kira siapa pelakunya,” ujarnya.

Sementara itu, beliau juga menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan akaun milik pegawai kanan tentera dan ahli keluarganya dalam siasatan ke atas dakwaan rasuah.

Beliau berkata, pemilik akaun juga perlu disoal mengenai sumber jutaan ringgit dalam akaun peribadi masing-masing.

“Jika tiada tindakan ke atas akaun-akaun tersebut, saya tidak menolak (kemungkinan) menyiarkan butiran akaun terlibat meskipun melanggar Bafia (Akta Perbankan dan Institusi Kewangan) atau seumpamanya.

“PETA sudah bantu menyiapkan laporan siasatan perisikan lengkap yang memudahkan tindakan penguat kuasa,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img