Demi nama baik Muhyiddin, elak dua bekas PM ‘bertelingkah’, Armada Johor perlu bertindak segera

TAN Sri Muhyiddin Yassin hari ini menafikan sekeras-kerasnya tuduhan bekas Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir Mohamad bahawa beliau mencuri wang parti dan menyimpannya di rumah.

Beliau yang juga Presiden Bersatu berkata, ia adalah tuduhan liar berbentuk sangkaan yang amat tidak berasas sama sekali.

‘’Saya tidak pernah mencuri wang parti. Semua sumbangan kepada parti dimasukkan ke dalam akaun parti yang diurus secara telus oleh Bendahari Agung. Dakwaan sedemikian dibuat berkemungkinan kerana beliau mendapat maklumat yang tidak benar daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.

‘’Sebagai seorang negarawan, beliau sepatutnya mendapatkan penjelasan daripada saya terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tuduhan terhadap saya.  Dalam banyak pertemuan saya dengannya, beliau tidak pernah membangkitkan perkara ini di hadapan saya,’’ katanya.

 Beliau berkata adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menjelaskan perkara ini supaya tidak menimbulkan fitnah ke atas diri saya.

‘’Bagaimanapun saya tetap menghormati Tun Mahathir sebagai orang tua. Saya sendiri telah menyokong usaha-usaha beliau untuk mewujudkan perpaduan orang Melayu dan hubungan kami adalah akrab.  Oleh yang demikan, saya tidak berhasrat untuk mengheret beliau ke mahkamah.

Berikutan penafian Muhyiddin itu dan demi nama baik beliau serta tidak mencetuskan polemik lebih buruk lagi dengan Dr.Mahathir adalah wajar Pemuda Bersatu (Armada) Johor membuatkan laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang bertanggungjawab memanipulasikan kenyataan Dr.Mahathir.

Ia kerana semalam Pemuda Bersatu (Armada) Johor mendakwa klip video selama dua minit yang mengandungi tuduhan itu telah dimanipulasi oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab dan disebarkan melalui WhatsApp.

Ketuanya   Alias Rasman mendakwa Dr. Mahathir sebenarnya merujuk kepada orang lain dan bukan Muhyiddin, serta video itu telah “disunting” untuk kepentingan politik pihak tertentu.

Alias berkata dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang bertanggungjawab menyunting video berkenaan.

 Armada Johor perlu bertindak segera. Jika ada bukti kukuh dan mengenalipasti individu terlibat laporan polis perlu segera dibuat kerana ia melibatkan fitnah ke atas dua Perdana Menteri akibat video yang disunting.

Selain itu mereka juga perlu memberi penjelasan kepada Muhyiddin bahawa video itu  sudah disunting. Ia memandangkan disebabkan tidak mengetahui soal video  disunting, Muhyiddin telah menegur Dr. Mahathir kerana membuat tuduhan tanpa mendapat penjelasan Armada.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img