Digoda lelaki bernafsu songsang : ”Saya benci gila puak-puak macam ni” – Dr Fitri UNIC

PENSYARAH dan juga penyanyi kumpulan nasyid UNIC, Dr Fitri Haris mendedahkan pengalamannya yang pernah digoda oleh lelaki bernafsu songsang.

Artis nasyid berusia 41 tahun itu memuat naik pengalamannya susulan penangkapan 208 individu termasuk 17 penjawat awam di ibu negara minggu lalu di sebuah pusat kesihatan yang dijadikan lokasi aktiviti kegiatan songsang.

Berikut adalah luahan pengalaman Dr Fitri yang dikongsi dalam akaun Facebook beliau pada 30 November lalu:

“Saya pernah kena NGORAT oleh ustaz dan Datuk. Jadi bila polis tangkap yang ‘profesional’, ‘berpangkat’, ‘berjawatan’ ni…

Err… memang tak pelik langsung

saya terus teringat dua pengalaman pelik dalam hidup saya yang sampai hari ni kalau ingat pun saya gelak sambil marah.

Pertama: pengalaman dengan seorang ustaz.

Ya, ustaz betul, bukan ustaz TikTok.

Dia tiba-tiba tanya saya:

‘Fitri open minded tak?’ pastu hantar gambar *** dia kat saya

Saya waktu tu terkejut macam baru kena siram air sejuk.

Dalam kepala saya hanya ada satu ayat:

‘Ustaz… soalan tu bukan dalam silibus agama.’

Dari situ saya dah rasa lain macam rupanya bukan semua ustaz datang dengan fikrah lurus.

Kemudian datang pula episod kedua: seorang Datuk.

Yang ni lagi hebat.

Setiap hari mesej manja…

Lepas tu perlahan-lahan naik level jadi mesej pelik-pelik, lucah-lucah, emoji pun sampai saya sendiri tak pernah guna.

Saya hanya mampu fikir:

‘Datuk, tolonglah… saya ni pensyarah, bukan operator hotline percintaan jam 12 malam.’

Akhirnya… saya block.

Terus.

Tak sempat fikir panjang.

Sampai sekarang tak menyesal.

Jadi, bila saya tengok serbuan macam gambar-gambar ini lebih 100 lelaki dalam bilik tuala, penuh aktiviti luar tabii, saya langsung tak hairan kalau yang kena tangkap pun ada yang ‘berjawatan’, ‘berpangkat’, atau ‘berpengalaman manja-manja’.

Islam Haramkan, Nabi x mengaku ummat dan saya BENCI gila puak puak macam ni.

Benci sebab ia berlaku depan mata saya dalam bentuk gangguan peribadi.

Benci sebab ia disokong oleh orang yang masyarakat anggap ‘mulia’.

Benci sebab ia merosakkan nilai, maruah dan akhlak.

Dan paling saya benci, bila orang salah anggap diam itu tanda suka, padahal diam saya sebab cuba jaga adab!

Kalau ada lagi yang cuba tanya saya ‘open minded tak?’,

Saya bagi terus jawapan siap pakej:

‘Saya open minded dalam ilmu, bukan dalam benda luar tabii.’

Harap serbuan macam ni buka mata semua orang.

Benda salah tetap salah, walaupun pakai tuala mahal!

— Trauma Dr. Fitri”

Pada Jumaat lalu, sebanyak 17 penjawat awam antara 208 individu yang ditahan polis dan pihak berkuasa termasuk Jawi dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam serbuan di sebuah kelab kesihatan yang dijadikan lokasi aktiviti seksual songsang di kawasan Chow Kit.

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img