`Doa seluruh rakyat Malaysia mengiringi setiap langkah kalian’ – ucapan PM buat atlet kontinjen Sukan SEA negara

DATUK Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan selamat berjuang kepada kontinjen Malaysia di Sukan SEA 2025 yang bermula secara rasmi di Thailand.

Dalam tempoh sejam Perdana Menteri memuat naik ucapan kata-kata semangat itu dalam akaun laman sosial beliau, hantaran itu menerima lebih 1,400 tanda suka dan lebih 100 komen netizen yang turut mendoakan kejayaan semua atlet negara.

“Beraksilah dengan fokus, tenang dan penuh keyakinan. Doa seluruh rakyat Malaysia mengiringi setiap langkah kalian,” katanya dalam hantaran di media sosial beliau pagi ini.

Sukan SEA 2025 berlangsung mulai hari ini hingga 20 Disember manakala Sukan Para ASEAN (APG) 2025 dijadual bermula dari 20 hingga 26 Januari depan.

Malaysia menghantar sebanyak 1,142 atlet disertai 515 pegawai bagi Sukan SEA 2025, manakala APG 2025 melibatkan 236 atlet dan 117 pegawai.

Negara menetapkan sasaran 200 pingat tanpa mengira warna, dengan beberapa acara sukan telah bermula sejak minggu ini.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img