Jenazah dua beradik lemas selamat dikebumikan

JENAZAH dua beradik lemas di Sungai Tanjung Agas, Linggi di sini pada 4 Sept selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Maqbarah Salimah, Taman Intan Perdana kira-kira 5.30 petang tadi.

Pengurusan jenazah kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dan lelaki berusia enam tahun itu dikendalikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

Turut kelihatan, anggota polis membawa seorang suspek yang dipercayai bapa kepada dua beradik itu ketika pengebumian, namun suspek hanya berada di dalam kereta dengan kawalan ketat polis.Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Maslan Udin dan pegawai JHEAINS turut berada di tanah perkuburan itu dan dihadiri beberapa penduduk setempat.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad dilaporkan berkata Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan hari ini memutuskan dua beradik itu beragama Islam dan pengebumian diuruskan oleh JHEAINS.

Alzafny sebelum ini turut melaporkan pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung sebuah kereta Nissan terjatuh ke dalam sungai Tanjung Agas, dengan kanak-kanak lelaki dan perempuan di dalamnya pada 11.45 pagi, 4 Sept.

Beliau berkata siasatan mendapati kanak- kanak yang beralamat di Shah Alam, Selangor itu dipercayai lemas akibat terperangkap di dalam kenderaan.

Alzafny turut melaporkan seorang lelaki berusia 46 tahun dipercayai bapa kanak- kanak itu dan teman wanitanya, 41, direman tujuh hari bermula 5 Sept, bagi membantu siasatan berhubung kematian dua kanak- kanak berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img