Dua beradik lemas dibawa ombak di Pantai Sura Tengah, Dungun

DUA beradik lemas dibawa ombak ketika mandi di Pantai Sura Tengah, Dungun hari ini.

Mayat  Nor Baizura Shafie, 39, ditemui kira-kira jam 10.54 pagi, manakala adiknya, Mohd Fazir Shafie, 37, masih belum ditemui.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Penolong Kanan Penguasa Bomba Sharizal Samsuddin berkata, seramai 10 anggota bomba dikerahkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan.

Beliau berkata, pasukan penyelamat berjaya menemui seorang mangsa selepas kira-kira 25 minit pencarian dilakukan namun mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.

“Operasi mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa masih diteruskan menggunakan bot dan turut dibantu polis serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia,” katanya lapor Sinar Harian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, sebelum kejadian, keluarga berkenaan yang terdiri daripada tujuh orang dewasa dan lapan kanak-kanak sedang berkelah di pantai tersebut.

Katanya kejadian itu berlaku apabila kakak mangsa tiba-tiba lemas ketika mandi sebelum adiknya bertindak terjun ke laut untuk menyelamatkannya.

“Malangnya kedua-dua mereka dipercayai hanyut dibawa ombak. Mayat salah seorang mangsa iaitu Nor Baizura yang ditemui telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img