Dua beranak cedera kereta terbabas ke ruang legar Masjid Taman Tuanku Jaafar

SEORANG bapa dan anak lelakinya cedera selepas kereta yang mereka naiki terbabas ke ruang legar Masjid Kariah Taman Tuanku Jaafar di Senawang, Negeri Sembilan malam ini.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 9.10 malam melibatkan mangsa iaitu bapa berusia 62 tahun dan anak lelakinya yang berusia 12 tahun.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai insiden itu pada jam 9.16 malam.

“Kejadian melibatkan sebuah kereta jenis Inokom Atos dipandu warga emas itu yang terbabas ke dalam ruang legar masjid. Ketika kejadian, masih terdapat jemaah masjid yang baru selesai menunaikan solat Isyak.

“Warga emas itu hanya mengalami kecederaan ringan manakala anaknya tidak sedarkan diri, dan telah dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar menggunakan jentera Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan,” katanya, lapor Bernama.

Jurucakap itu berkata, operasi melibatkan lapan anggota yang turut dibantu jemaah masjid itu tamat kira-kira sejam kemudian.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img