Dua lelaki cedera ditembak dari dalam kereta

DUA lelaki cedera akibat ditembak dipercayai dari sebuah kenderaan lain ketika mangsa menaiki sebuah Perodua Myvi di Jalan Rasah menghala ke Plaza Tol Port Dickson, di Seremban pagi ini.

Rakaman video kejadian itu yang berlaku kira-kira jam 8 pagi dirakamkan oleh orang ramai menunjukkan seorang lelaki dalam keadaan terkulai di tempat duduk pemandu kereta Myvi berwarna putih.

Seorang lagi lelaki dilihat mengalami kecederaan pada tangan dan terdapat percikan darah pada bahagian luar kenderaan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan bahawa kedua-dua mangsa telah dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img