Dua vesel nelayan langgar syarat lesen, kru asing ditahan

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor berjaya menahan dua vesel nelayan tempatan (VNT) kelas C yang melanggar syarat lesen ketika leka menangkap ikan di perairan Tanjung Karang, petang semalam.

Pengarah Maritim Malaysia Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, penahanan itu dilakukan kira-kira jam 2.30 petang dan 3.30 petang.

Menurut beliau, kedua-dua vesel berkenaan dikesan berada pada kedudukan sekitar 17.9 dan 18.2 batu nautika barat daya Tanjung Karang serta sedang menjalankan aktiviti menangkap ikan menggunakan pukat tunda.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati, vesel pertama dikendalikan oleh seorang tekong bersama dua awak-awak, manakala vesel kedua pula dikendalikan oleh seorang tekong dan tiga awak-awak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kesemua kru yang ditahan merupakan warganegara Indonesia berusia antara 36 hingga 53 tahun dan gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah serta meragukan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, kedua-dua vesel berkenaan turut melanggar syarat sah lesen kerana menggunakan mata pukat kurang daripada 38 milimeter selain menggajikan warga asing tanpa permit kerja,” katanya.

Tambah beliau, kesemua kru bersama hasil tangkapan ikan campur dianggarkan seberat 150 kilogram diiring ke Jeti Pasukan Polis Marin, Pulau Indah bagi siasatan lanjut.

Kes ini disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img