Empat lelaki ditahan tendang, pukul kenderaan polis siasat kes dera budak madrasah

EMPAT  lelaki ditahan kerana cuba menghalang tugas penjawat awam dengan menendang dan memukul kenderaan pihak berkuasa ketika polis menjalankan tugas menyiasat kes dera kanak-kanak di Telipok, Kota Kinabalu, semalam.

Ketua Polis Kota Kinabalu Kasim Muda, berkata tangkapan melibatkan suspek berusia 30 hingga 50-an selain sebatang besi dirampas dalam kejadian 6.45 petang.

Beliau berkata, pihaknya sebelum itu menerima laporan kes penderaan kira-kira 11.55 malam pada 14 Dis dipercayai berlaku di sebuah premis perniagaan di Kota Kinabalu, melibatkan sekumpulan pelajar sebuah madrasah dan seorang lelaki dewasa.

Kasim berkata, bertindak atas maklumat diterima, polis membuat tangkapan ke atas seorang lelaki tempatan semalam bagi membantu siasatan kes kecederaan dan penderaan kanak-kanak.

“Namun, ketika sepasukan pegawai polis sedang menjalankan tugas menangkap suspek bagi membantu siasatan semalam, beberapa individu telah bertindak menghalang kenderaan polis.

“Mereka juga mengeluarkan kata-kata kesat, cuba membuka pintu kenderaan serta menendang dan memukul kenderaan sehingga menjejaskan tugas polis,” katanya menurut Bernama.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img