EMPAT rumah kosong terbabit dalam kebakaran dengan tiga daripadanya musnah 100 peratus, manakala sebuah lagi musnah dua peratus kejadian di Jalan Keloncor, Kota Bharu awal pagi tadi.
Komander Operasi Mohd Nazaruddin Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.05 pagi, dan seramai 30 anggota termasuk pegawai ke lokasi kejadian.
Katanya, sebaik sampai, api marak membakar rumah kosong yang tidak berpenghuni itu.
“Kebakaran itu membabitkan empat rumah dua tingkat yang tiada penghuni. Tiga rumah musnah sepenuhnya, manakala sebuah kediaman musnah dua peratus.
“Operasi terkawal pada pukul 2.33 pagi, manakala punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini, lapor Harian Metro.


