Enam mat rempit ditahan tunggang motosikal secara berbahaya di RnR Sungai Bakap

POLIS menahan enam lelaki yang menunggang motosikal secara berbahaya di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Sungai Bakap arah selatan seperti yang tular menerusi media sosial, baru-baru ini.

Dalam video berdurasi 13 saat itu, sekumpulan penunggang motosikal secara melulu dan berbahaya iaitu melakukan aksi mengangkat tayar hadapan atau wheelie serta membunyikan ekzos dengan kuat di stesen minyak kawasan RnR berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superintenden Jay January Siowou berkata, pihaknya menerima laporan kelmarin mengenai rakaman video itu.

“Bertindak atas maklumat, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPS berjaya mengesan enam penunggang motosikal yang terlibat dalam kejadian itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kesemua mereka yang berusia antara 16 hingga 20 tahun kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img