Fahmi hargai warga industri televisyen sempena Hari Televisyen Sedunia

MENTERI Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil hari ini menzahirkan penghargaan kepada warga industri televisyen yang disifatkannya sebagai tulang belakang dalam menyampaikan pelbagai bentuk informasi dan hiburan kepada rakyat.

“Suara, cerita dan realiti. Terima kasih kepada semua warga TV yang menjadi tulang belakang kepada pelbagai bentuk informasi dan hiburan.

“Selamat Hari Televisyen Sedunia!,” katanya dalam kenyataan ringkas sempena sambutan itu menerusi hantaran di Facebook kementeriannya hari ini.

Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) telah mengisytiharkan 21 November sebagai Hari Televisyen Sedunia bagi memperingati Forum Televisyen Sedunia yang kali pertama diadakan pada 1996.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengiktiraf televisyen sebagai sumber pendidikan dan hiburan yang positif serta medium penting yang mendukung kebebasan berekspresi dan mempromosikan kepelbagaian budaya.

Sambutan itu juga bertujuan mengiktiraf peranan televisyen sebagai medium maklumat, pendidikan dan hiburan yang memberi kesan besar kepada kehidupan masyarakat.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img