NETIZEN teruja dan terhibur melihat gelagat bekas Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad ketika mereka menaiki kenderaan berdua pada 15 November lalu.

Melalui video yang dimuat naik dalam Facebook Dr.Mahathir, bekas Perdana Menteri tersebut diihat mengusik Dr. Siti Hasmah apabila isterinya itu mahu beliau memegang stereng ketika memandu.
“Tidak perlu pegang stereng ke? (Kereta ini) perlu pusing,” tegur Tun Hasmah
“Tidak payah pegang…Tidak perlu pusing (stereng), ia boleh pusing sendiri,” kata Dr.Mahathir berseloroh.
Mereka singgah sarapan di Warong Din, Taman Tun Dr.Ismail, Kuala Lumpur dan sempat beramah mesra dengan pengunjung.


