Gempa bumi Afghanistan: 800 terbunuh, lebih 2,500 cedera

SERAMAI  800 orang terbunuh  dan lebih 2,500 yang lain cedera dalam kejadian gempa bumi timur Afghanistan hari ini.

Kenyataan rasmi Kementerian Dalam Negeri yang dikendalikan kumpulan Taliban mengesahkan tentang angka korban dan jumlah individu yang cedera dalam gempa dengan magnitud 6.0 itu

Sebelum ini, penyiar pemerintah, Radio Televisyen Afghanistan (RTA), menyebut jumlah korban sekitar 500 orang.

Pasukan penyelamat menggunakan helikopter untuk membawa mereka yang cedera ke tempat selamat dan mencari mangsa terperangkap di bawah runtuhan.

Bencana ini menambah beban kepada Afghanistan, yang sudah pun menghadapi krisis kemanusiaan seperti kekurangan bantuan dan penghantaran balik besar-besaran rakyatnya dari negara jiran.

Di Kabul, pihak penguasa kesihatan menyatakan usaha menyelamat sedang giat dijalankan ke perkampungan terpencil yang terletak di kawasan yang sering dilanda gempa dan banjir.

Tiga kampung telah musnah sepenuhnya di wilayah Kunar, dengan kebanyakannya mengalami kerosakan besar, menurut Kementerian Kesihatan di Afghanistan.

Operasi menyelamat sedang dijalankan di kawasan pergunungan di sempadan Pakistan dan kawasan  hutan, di mana rumah-rumah daripada batu dan lumpur musnah akibat gegaran.

“Setakat ini, belum ada pemerintah asing yang menghulurkan bantuan untuk kerja-kerja menyelamat atau bantuan kemanusiaan,” kata jurucakap Kementerian Luar pula.

Afghanistan sering dilanda gempa bumi yang kuat, terutama di kawasan pergunungan Hindu Kush, tempat pertemuan plat tektonik India dan Eurasia.

Beberapa siri gempa bumi di bahagian barat negara itu pada 2024 telah meragut lebih 1,000 nyawa dengan Afghanistan, sebagai salah satu negara termiskin di dunia, sangat mudah terjejas oleh bencana alam.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img