Guru rugi RM340,500 diperdaya individu menyamar wakil insurans, pegawai polis, pendakwaraya

SEORANG guru wanita kerugian RM340,500 selepas diperdaya sindiket penipuan panggilan telefon oleh individu yang menyamar sebagai wakil insurans, pegawai polis dan pendakwa raya.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata wanita berusia 42 tahun itu menerima satu panggilan pada 27 April lepas daripada suspek dengan mendakwa mangsa terlibat dalam kes pengubahan wang haram serta perlu menyediakan wang ikat jamin.

“Suspek kemudiannya telah mengarahkan mangsa membuka akaun bank baharu dan menukar nombor telefon berdaftar sebelum membuat pinjaman peribadi berjumlah lebih RM280,000 selain menggadaikan barang kemas.

“Antara 15 Julai hingga 15 Sept, mangsa membuat 13 transaksi pemindahan wang ke lapan akaun berbeza melibatkan RM117,000,” katanya dalam kenyataan hari ini,lapor Bernama.

Dalam pada itu, Yahaya berkata semakan penyata bank semalam mendapati terdapat 24 transaksi tidak sah bernilai RM223,500 daripada akaun simpanan mangsa dipercayai dilakukan oleh sindiket selepas memperoleh akses.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img