Had tempoh jawatan PM tak terlibat  Ketua Menteri,Menteri Besar

JAWATAN Ketua Menteri dan Menteri Besar tidak terlibat dalam Rang Undang-Undang (RUU) bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada maksimum 10 tahun atau dua penggal penuh.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, RUU itu hanya terpakai di peringkat Persekutuan.

Beliau berkata,  cadangan itu langkah penting dalam agenda reformasi institusi kerajaan, namun skopnya tidak merangkumi kepimpinan kerajaan negeri.

“Langkah ini sangat penting, tetapi ia hanya melibatkan jawatan perdana menteri dan tidak membabitkan ketua menteri atau menteri besar,” katanya di Putrajaya.

 Beliau berkata, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) telah menjalankan pelbagai kajian bagi meneliti pelaksanaan RUU berkenaan sebelum ia dibentangkan di Parlimen.

Hari ini Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kerajaan akan membentangkan RUU bagi mengehadkan tempoh seseorang memegang jawatan perdana menteri selama 10 tahun pada sesi Dewan Rakyat tahun ini.

Perdana Menteri berkata, RUU itu antara teras utama reformasi institusi yang menjadi hala tuju kerajaan pada sesi Parlimen tahun ini.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img