Hannah arah laporan polis dibuat siasat dakwaan ahli MPP minta wang perlindungan

MENTERI di Jabatan Perdana  Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh mengarahkan laporan polis dibuat berikutan satu video tular yang  mendakwa ahli Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) meminta wang perlindungan dari sebuah rumah urut.

Katanya, laporan polis dibuat hari ini dan siasatan perlu dimulakan serta merta.

‘’Jika dakwaan ini terbukti benar, ahli MPP berkenaan akan dipecat serta merta tanpa sebarang kompromi. Pendirian kita jelas: tiada toleransi terhadap sebarang bentuk wang perlindungan atau amalan orang tengah,’’ katanya dalam kenyataan di Facebook beliau.

Hannah menggesa orang ramai tampil menyalurkan maklumat atau aduan kepada Unit Integriti Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), DBKL dan SPRM sekiranya terdapat sebarang salah laku, bukan sahaja melibatkan MPP tetapi juga mana-mana pegawai atau agensi di bawah seliaan JWP.

‘’Kerjasama rapat antara JWP dan SPRM telah diperkukuh bagi memastikan setiap aduan disiasat secara telus dan tindakan tegas dapat diambil. Aduan boleh dibuat melalui portal rasmi JWP (https://www.jwp.gov.my/a/2060), SPRM (https://portaladuan.sprm.gov.my/) dan DBKL (https://adukl.dbkl.gov.my/),’’ katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img