Hasrat beregu campuran Tang Jie-Ee Wei juarai Master China tak kesampaian tewas kepada pasangan Thailand

JUARA dunia beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei gagal meraih gelaran Masters China 2025 selepas tewas kepada gandingan Thailand Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran pada perlawanan akhir hari ini.

Pada perlawanan di Shenzhen Arena, beregu campuran utama negara tewas 8-21, 17-21 dalam tempoh hanya 35 minit.

Ia merupakan kekalahan ketiga Tang Jie-Ee Wei dalam empat pertemuan menentang pasangan Thailand itu dan juga penampilan pertama mereka di final kejohanan Super 750, dengan pencapaian naib juara di Shenzhen.

Kekalahan itu sekali gus menafikan misi Tang Jie-Ee Wei untuk menjadi wakil negara yang pertama menang di Masters China sejak kejohanan tersebut diperkenalkan pada 2005 dengan edisi-edisi sebelum ini menyaksikan penguasaan penuh tuan rumah.

sebagai naib juara, pasangan negara itu tetap membawa pulang ganjaran bernilai AS$43,750 (RM184,056) untuk menutup cabaran mereka di Masters China 2025.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img